Nuffnang Ads

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Pengalaman mencipta satu kenangan.

Setiap orang pasti akan ada pengalamannya yang tersendiri. Saya juga mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman tersebut telah mengubah perasaan saya daripada sedih kepada gembira kerana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat bacelor. Perasaan saya pada hari itu sangat gembira. Saya mula membuat persiapan untuk ke mendaftar di universiti pada tahun 2016. Semasa pendaftaran saya telah ditemani oleh kedua ibu bapa saya serta adik beradik yang lain. 

Selepas pendaftaran untuk memasuki universiti dan juga kolej, saya melangkah ke koleh untuk menempatkan diri di bilik yang telah ditetapkan. Saya juga telah berkenalan rakan yang baharu daripada negeri dan juga daerah yang berbeza. Kami juga telah menjalani orientasi bersama-sama semasa berada di tahun 1 peringkat universiti. Kami juga merupakan pelajar daripada fakulti yang sama iaitu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.


Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Berdasarkan cerita sosial yang betajuk Nenek dan Datuk ini, terdapat sesorang kanak-kanak yang bernama Alim yang akan pulang ke kampung bersama keluarganya.. Alim telah mencari ayam serta itik dirumah nenek dan datuknya tetapi tiada kerana kedua datuk dan neneknya telah membina reban baharu untuk ayam dan itiknya. Apabila melihat rumah datuk dan nenek juga Alim menangis kerana dia sangka rumah datuk dan neneknya tiada. Suasana menjadi kelainan kerana sikap Alim dan membuatkan mereka sekeluarga menjadi lebih rapat antara satu sama lain.

Normaliza Abd Rahim, (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.





Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut adalah :

1. Multimedia Linear
Multimedia linear adalah sejenis multimedia yang berjalan secara terus. Multimedia ini juga boleh dilihat pada semua jenis filem, tutorial video. Dalam hal ini, cerita diatas boleh dijadikan sebuah filem mahupun hanya tutorial sahaja mengenai cerita sosial tersebut.

2. Hypermedia
Dokumen yang merupakan non yang terdiri daripada teks, audio, informasi yang disimpan dalam komputer. Sebagai contohnya, cerita diatas juga boleh dijadikan teks cerita serta boleh juga dijadikan audio sebagai satu penceritaan.

3. Media Interaktif.
Sistem ini merupakan sistem pengiriman pembelajaran yang dirakam visual, suara dan bahan video yang dikawal oleh komputer. Sebagai contohnya, cerita Nenek dan Datuk ini boleh disimpan dalam bentuk cd yang akan mengeluarkan video serta audio.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas Individu

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien  Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) menyenaraikan 10 cara menulis blog yang baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Pembaca akan melihat tajuk sesuatu pembacaan terlebih dahulu untuk membaca. Hal ini kerana tajuk menarik akan menunjukkan jalan cerita yang menarik. Tajuk yang menarik pasti dapat menarik minat pembaca kerana tajuk merupakan sesuatu yang utama yang akan pembaca lihat. Sekiranya tajuk blog itu sendiri hambar, maka pembaca juga akan menganggap cerita mengenai tajuk tersebut juga hambar.

2. Cerita menarik yang dapat  menarik hati pembaca.
Cerita yang menarik yang telah ditulis juga pasti akan dapat menarik hati setiap pembaca. Dalam sesuatu penceritaan yang ditulis melalui blog tidak perlu terlalu serius. Hal ini akan membosankan pembaca malah penulis perlu memasukkan unsur-unsur yang dapat memberi gelak ketawa kepada pembaca. Hal ini juga penulis tidak memberi pembaca bosan serta menganggap serius dalam sesebuah pembacaannya.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Penulis perlu menulis cerita mereka itu dengan pelbagai jenaka supaya dapat menarik pembaca untuk meneruskan bacaannya. Kemungkinan juga pembaca sedang mengalami tekanan dan apabila beliau terbaca cerita yang ditulis penuh dengan jenaka pasti akan dapat mengurangkan tekanan yang terdapat pada dirinya. Penulis juga perlu mengambil kira dalam hal ini.

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Dalam sesebuah penulisan atau penceritaan juga hendaklah terdapat hujah yang terbaik supaya para pembaca tertarik untuk membaca penulisan tersebut. Hujah yang baik juga dapat menyakinkan pembaca kepada sesuatu yang telah ditulis dan penulisan tersebut tidak akan anggap sebagai penulisan palsu mahupun peniruan dalam penulisan tersebut.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Dengan memasukkan berita terkini, para pembaca akan lebih tertarik untuk membaca sesuatu penulisan tersebut. Hal ini kerana berita terkini dapat memberi informasi kepada pembaca. Berita terkini juga ingin diketahu berbanding berita yang lama. Apabila sesuatu penulisan dikaitkan dengan berita terkini, pembaca juga dapat membuka minda mereka mengetahui perkara yang telah terjadi pada negara, alam sekitar dan sebagainya.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga pasti dapat memberi kefahaman kepada pembaca. Ayat yang ringkas tetapi dapat difahami oleh membaca juga merupakan satu kepuasan kepada penulis. Ayat yang cantik dan berbunga tetapi tidak difahami oleh pembaca merupakan salah satu penulisan yang tidak bagus. Dalam hal ini, ia juga boleh dikira sebagai komunikasi satu hala dan tidak berkesan.

7. Dapat dibaca dan difahami.
Penulisan yang dibaca dan dapat difahami oleh pembaca merupakan penulisan yang bagus serta satu penulisan yang menarik bagi pembaca. Pemabaca tidak akan membaca sesuatu penulisan yang mereka anggap tidak boleh dibaca serta tidak fahami. Jadi, penulisan perlu menulis dengan sehabis baik untuk memberi pembaca dapat membaca serta difahami oleh pembaca. Penulisan yang tidak difahami oleh pembaca juga akan menjadi tanda tanya kepada pembaca mengenai sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis perlu meneliti dalam setiap penulisannya.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Penulisan yang baik pasti akan dapat berkomunikasi dengan pembaca tanpa perlu adanya tanda tanya dalam minda pembaca semasa membaca penulisan tersebut. Segala tanda tanya yang bermain dalam minda pembaca pasti ada jawapan dalam penulisan tersebut. Jadi, pembaca juga merasakan beliau sedang berkomunikasi secara dua hala dengan penulis. Hal ini juga pasti dapat memuaskan hati para pembaca.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Setiap penulisan yang memunyai moral serta nilai estetika dalam sesuatu penulisan akan dapat menarik perhatian atau minat pembaca itu sendiri. Setiap penceritaan yang ditulis dan diselitkan dengan moral pasti menjadi tarikan kepada pembaca. Begitu juga dengan masukkan nilai estetika dalam penulisan tersebut. Nilai estika merupakan seni penulisan yang akan menarik minat pembaca.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Setiap penulisan yang ingin ditulis mengenai pendidikan, pembaca perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai tajuk tersebut terlebih dahulu. Penulis juga perlu meneliti perkara yang hendak ditulis sama benar mahupun tidak. Penulis tidak sepatutnya menyampaikan sesuatu yang salah mengenai pendidikan. Hal ini akan menjadi kekeliruan kepada pihak pembaca. Penulis juga tidak perlu menulis sesuatu yang bercanggah dengan fakta.

Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019:Saya Faham

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata "Apa Khabar"
Dia Jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya



BBM3410Satu2019: DIRI

Nama diberi tanpa diminta Nurul Azmimi Fatihah Binti Bahron. Saya berumur 23 Tahun. Saya dilahirkan pada 12 September 1996 dan dilahirkan di Jerantut, Pahang. Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Teh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut. Saya menuntut di Universiti Putra Malaysia dan mengambil program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Kini saya merupakan pelajar tahun akhir. Saya telah ditawarkan program ini serta kursus ini pada tahun 2016. Saya mempunyai 9 orang adik beradik dan saya merupakan anak bongsu dalam keluarga. Mendaki bukit merupakan salah satu hobi saya ketika waktu lapang. Beberapa buah bukit telah saya daki bersama-sama rakan untuk mengisi masa lapang pada waktu cuti. Saya juga meminati aktiviti sukan yang lasak yang boleh mencabar diri saya. Merah merupakan warna yang garang, tetapi ia tetap menarik minat saya untuk menyukainya. Menjadi seorang tentera darat merupakan cita-cita saya, tetapi apakan daya segala syaratnya sudah pasti tidak akan melepasi. Jadi, cita-cita untuk menjadi seorang tentera terpadam begitu sahaja selepas kelayakkannya tidak dapat dipenuhi.