Nuffnang Ads

Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Normaliza dan En. Akmal kerana banyak memberi ilmu yang tidak pernah terfikir untuk belajar selama ini. Selain itu, Prof. juga banyak mendidik kami semua dari segi disiplin, menepati masa, bekerjasama, dan sebagainya. Yang paling penting adalah masa. Prof. sangat mementingkan masa. Tidak boleh lewat walaupun seminit. Sebelum memasuki kelas Prof. ni hati rasa takut, gemuruh semua ada. Yelah, selama ni cuma dengar daripada mulut junior je mengenai Prof. Tapi bila dah masuk kelas Prof, semuanya okay. Cumanya dengar apa yang Prof. suruh buat tu je. Satu lagi, Prof. suka sangat guna konsep redha. Walau kerja banyak sekali pun kita kena redha. Hm. Redha je lah.

Ha. Encik Akmal pula merupakan tutor kami untuk kelas amali. Encik Akmal pun banyak ajar kami buat laman sosial. Yang paling best belajar buat kalendar. Dekat situ juga kita boleh tengok kreatif tak kita. Hehehe. Haa. Dekat kalendar tu juga boleh letak gambar sendiri tau. Jadi, lagi la seronok kami edit gambar nak bagi cantik kalendar kami. 

Dengan masuk ke kelas ni juga terbina lah sebuah produksi yang bernama D'Rose Production. Nama D'Rose ini diberi kerana ahli kumpulannya terdiri daripada 11 orang pelajar perempuan. Bukan senang tau nak bekerjasa dengan ahli yang ramai ni. Semua orang ada cara yang tersendiri, idea yang berbeza, sikap yang lain dan sebagainya. Tapi, alhamdulillah. Kesemua ahli kumpulan kami ni boleh bekerjasama dengan baik. Boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka serta boleh bagi pendapat. Jadi, segala kerja secara berkumpulan kami berjalan dengan lancar. Banyak suka duka kami satu kumpulan. Sehingga sanggup meredah hujan, berpanas sehingga muka masing-masing burn. Hahaha. Tapi takpe, burn kejap je 😂. 

Kami sangat enjoy dengan segala tugasan yang telah diberi. Berlakon, menari, berpantun semua sudah. Masa ni dah tak kira malu dah. Kasi jalan je semua. Hehehe. Lakonan yang paling mencabar bagi saya bila saya kena jadi mangsa bunuh dan menghantui pembunuh tu. Esh. Tak masuk dek akal sebenarnya nak berlakon jadi pocong. Tapi demi tugasan saya redha je lah. Sampai hari ni saya tak tengok tau video seram tu. Saya edit video cuma dengar suara je. Lepastu Yana yang arah suruh potong part tu part ini. Hahaha. Lagi satu, kalau masuk tandas, saya tak pandang langsung bahagian sinki yang ada cermin tu.Walaupun lakonan tu di aras lain, tapi ia masih terbayang dalam fikiran saya. 

Sepanjang 14 minggu bersama mereka ni, pelbagai cabaran, dugaan kami tempuh. Saya harap lepas ni kita masih boleh bekerjasama walaupun bukan pada D'Rose Production. Akhir kata daripada saya. Selamat Maju Jaya semua. Terima kasih kerana sudi bina memori bersama. Memori ini takkan ku biarkan terpadam begitu sahaja. Saya sayang semua 💓


































No comments:

Post a Comment