Nuffnang Ads

Showing posts with label Tempat. Show all posts
Showing posts with label Tempat. Show all posts

Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: Tempat

Ha nak cerita mengenai tempat ni, macam macam nak cerita. Banyak dah tempat kami tuju untuk menghasilkan gambar serta video yang cantik. Paling utama sekali bila dapat tugasan yang pertama. Tanpa mengira jarak serta wang perlu kami habiskan, kami terus ke Ioi City Mall Putrajaya untuk pengambaran. Walaupun pergi sekejap je, kami dapat hasilkan beberapa keping gambar yang menarik untuk tugasan kami. Selain itu, kami juga tidak lupa kolej kediaman kami iaitu kolej 12. Di kolej 12 ini paling banyak aktiviti yang kami lakukan. Pelbagai video serta gambar kami hanya ambil di kolej sahaja. Sape cakap di kolej ni takde tempat menarik? Ada je okay. Haaa. Bukit ekspo ni jarang la pelajar tak pergi. Tempat famous kot. Mesti wajib pergi. Di bukit ekspo ni banyak sangat tempat yang cantik dan lighting pun on point je okay. Kemudian, untuk video yang terakhir pula, kami berlakon di Sri Serdang. Di Sri Serdang juga mempunyai satu taman yang sangat cantik. Taman tersebut merupakan tempat beriadah dan juga disediakan gerai makanan untuk pengunjung ke situ. Sekian sahaja pendedahan tempat pengambaran kami.😁

Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Swafoto Bersama Prof.





Hai semuaaaa. Hari ni saya nak belanja gambar Prof. saya. Ni Prof. saya yang ceritakan tu. Prof. ni sangat sempoi tau. Tapi Prof. sangat mementingkan masa tau. Ha. Sape yang datang lambat tu, nasib korang laa. Berdiri la kat depan tu sampai sudah 😆. Bukan senang tau nak berswafoto dengan Prof. ni sebab Prof. suka menghilang. Kalau ada rezeki kita tu, ada la Prof. di biliknya. Kalau takde tu, pandai-pandai la cari ye. Haa. Lagi satu. Gambar ni mahal tau. Boleh satu 'take' bila swafoto. Takleh lebih-lebih. Prof. kata malu orang tengok 😅.

Habis sudah kisah di Instagram saya. Jom kita melangkah ke 'Youtube' pula. Eh eh. Nak tau? Nantikan post yang seterusnyaaa. Daaaaa

BBM3410Satu2019: Emoji

Haluuuuuuu. Tugasan kali ni pelik sikit Prof. mintak. Alahai. Mana nak cari ni wajah orang sama dengan emoji ni. Aduhai. Nasib la gambar si Iris ni iras sikit dengan emoji. Pening saya fikirkan nak guna emoji apa. Hm.



BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial





Kali ini kami diberi tugas untuk membuat ulasan mengenai buku Ehh!!! Media Sosial pula. Kali ini juga Prof. minta kami untuk mengambil gambar bersama buku dengan 'posing' yang unik. Hmm. Agak-agak la kan, jadi je 'posing' unik saya ni? Hmm

BBM3410Satu2019: Keberkatan

Hari ini saya ingin ceritakan sedikit mengenai keberkatan. Keberkatan ada banyak tau. Masa, duit, makanan dan sebagainya. Bagi saya duit ni satu keberkatan yang sangat ketara. Hal ini kerana duit ni sedikit salah guna duit ni ia boleh mengundang satu masalah buat diri sendiri. Brtul ke ni? Saya pun taktau. Jom tanya ustaz 😆






BBM3410Satu2019: Ibu



Assalamualaikum semuaaa. Hai. Apa khabar? Saya harap awak semua dalam keadaan sihat la ye. Ha ni gambar mak saya. Gambar ni telah dirakamkan pada 02 Ogos 2018. Gambar ni telah dirakam sewaktu kami membuat kejutan ulangtahun kelahiran mak saya. Macam mana? Okay tak okay ni? Awak semua buat kejutan dekat mak macam mana pula? Boleh kongsikan sikit tak? Mana la tau boleh tiru cara awak semua buat kejutan tu untuk mak pada tahun hadapan pula ke. Hehehe.

BBM3410Satu2019: Ringkasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Post kali ini saya nak cerita sedikit tentang ringkasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Buku ini mempunyai 7 bab yang berbeza. Nak tau lebih lanjut? Jom baca di aplikasi Instagram saya🙈





BBM3410Satu2019: Kegembiraan

Nak tau kisah gembira saya pula macam mana? Jom tengok gambar di bawah ni 👇





BBM3410Satu2019: Kelegaan

Hai semua. Kali ni saya nak post mengenai kelegaan. Nak tau kisah kelegaan saya, jom ikuti kisah saya di Instagram😊




BBM3410Satu2019: Ketenangan

Tugasan kali ini kami diminta untuk post gambar ketenangan. Jadi, bagi saya ketenangan saya adalah menatap wajah kedua ibu bapa saya. Kadang kala perasaan marah dalam diri saya pun boleh hilang bila lihat wajah mak dan ayah ni. Hm. Kuat betul pukulan mak dan ayah ni kan. Awak semua macam mana pula? Jom la kita kongsi cara ketenangan masing-masing😁








BBM3410Satu2019: Keredhaan






Agak-agak gambar ni boleh ke jadi gambar keredhaan? Boleh la kan. Hehehehe. Kalau awak semua cakap takboleh pun, Prof. dah 'Like' gambar ni. Jadi, boleh laa😆

BBM3410Satu2019: Gambar Potret Dua


Haaa ni merupakan potret yang kedua kena post. Yang sedihnya, gambar ni tidak dapat sebarang 'Like' dan 'Comment' pun daripada Prof. mahupun Dr. Alia. Hm. Sedihh

BBM3410Satu2019: Gambar Potret Satu

Assalamualaikum. Bertemu kita lagi. Hehehe. Kali ini Kami diminta untuk post gambar potret pula. Aish. Bertapa susahnya saya nak bergambar kali ini. Tapi saya cuba la untuk bergambar. Nak tengok gambar saya? Pejam mata dulu🙈




Cakkkkkk🙉. Hmm. Macam mana? Okay tak gambar ni? Kira okay la kan. Hehehe. Yang saya seronoknya Dr. Alia ada 'Like' dan 'Comment' gambar ni. Rasa nak melompat pun ada tau. Hehehe. Nak tau Dr. Alia 'Comment' apa? Jom tengok sedutan yang akan datang. Eh eh. Tak tak. Tengok gambar di bawah je 😅








Nampak tak tu bukti tu. Sape tak nampak dia rabun haa. Baik cakap nampak cepatttt. Sekian daripada saya. Jumpa lagi. Bye bye


BBM3410Satu2019: Tips Belajar



Kali ni saya nak kongsikan dua tips untuk belajar dengan mudah. Jom cuba. Mana la tau tiba-tiba boleh dapat dekan ke. opss🙊

BBM3410Satu2019: Asas Fotografi

Apa pula cerita mengenai asas fotografi ini? Tadaaaaaaaa



Ini merupakan gambar di sebalik tabir semasa pengambaran sedang berlaku. Nampak tak tu punya gigih kami bergambar di bawah cahaya matahari demi mendapatkan "lighting on point" 😬. Alhamdulillah. Kami satu kumpulan dapat bekerjasama dengan begitu baik.

BBM3410Satu2019: Pengalaman

Hai. Post kali ini kami telah diminta untuk menceritakan secara ringkas mengenai pengalaman kami. Nak tau apa pengalaman saya. Haaa. Jom tengok gambar di bawah 👇



Haa. Ni la pengalaman saya. 👀



BBM3410Satu2019: Like Di Instagram

Macam biasa lah. Dah post tugasan di Instagram bermula la kisah saya untuk memintah sedekah 'Like' daripada Prof. Hmm. Agak-agak lah kan, Prof. 'Like' ke tak ye? Jom tengok gambar di bawah ni 👇

Yeay yeay. Sekian lama menunggu Prof. 'Like', akhirnya Prof. 'Like' juga. Alhamdulillahh. Syukur sangat. Hm. Awak semua ni nak lagi ke baca penulisan blog saya ni? Kalau ada yang nak baca lagi, tunggu la yee. Saya nak makan dulu. Lapar~~ Jumpa lagi 👀

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Kali ini pula Prof. telah memberi tugasan untuk meringkaskan cerita nenek dan datuk. Selain itu, kami juga diminta untuk menjelaskan sedikit jenis multimedia yang digunakan dalam cerita ini. Yang menarik lagi, buku ini ditulis sendiri oleh Prof. kita tauu. Ha. Menarik kan. Nak tau satu cerita tak mengenai tugasan ni? Tugasan ni sama je dengan tugasan yang baru saya post tadi tu. Tugasan semasa jerebu. Waktu ni kami kelam kabut buat tugasan ni kerana prof. dah tetapkan masa untuk siap kan tugasan ini berserta post di Instagram sekali. Dalam kelam kabut tu, haa. Akhirnyaaaaa, selesai juga tugasan ini dengan masa yang ditetapkan. Yeay yeay

BBM3410Satu2019: Tugasan Semasa Jerebu


Hai. Assalamualaikum. Ada yang merindui saya tak? Hehehe. Hari ni saya nak post mengenai etika penulisan blog. Tugasan ini telah diberikan ketika cuti hari jerebu. Haa. Jadi, jangan ingat UPM cuti kami pun cuti daripada membuat tugasan ye.

BBM3410Satu2019: Like Daripada Prof.

Hai. Bertemu lagi. Kali ni kita nak tengok Prof. ada 'Like' tak. Jom kita tengok gambar di bawah ni.




Yeayyyy. Prof. 'Like' post ni. Alhamdulillah. Satu kelegaan bila Prof. dah semak tugasan yang telah diberikan ni. Okay lah. Nak makan jap ye. Jap lagi saya sambung lai yee.