Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) menyenaraikan 10 cara menulis blog yang baik.
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Pembaca akan melihat tajuk sesuatu pembacaan terlebih dahulu untuk membaca. Hal ini kerana tajuk menarik akan menunjukkan jalan cerita yang menarik. Tajuk yang menarik pasti dapat menarik minat pembaca kerana tajuk merupakan sesuatu yang utama yang akan pembaca lihat. Sekiranya tajuk blog itu sendiri hambar, maka pembaca juga akan menganggap cerita mengenai tajuk tersebut juga hambar.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Cerita yang menarik yang telah ditulis juga pasti akan dapat menarik hati setiap pembaca. Dalam sesuatu penceritaan yang ditulis melalui blog tidak perlu terlalu serius. Hal ini akan membosankan pembaca malah penulis perlu memasukkan unsur-unsur yang dapat memberi gelak ketawa kepada pembaca. Hal ini juga penulis tidak memberi pembaca bosan serta menganggap serius dalam sesebuah pembacaannya.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Penulis perlu menulis cerita mereka itu dengan pelbagai jenaka supaya dapat menarik pembaca untuk meneruskan bacaannya. Kemungkinan juga pembaca sedang mengalami tekanan dan apabila beliau terbaca cerita yang ditulis penuh dengan jenaka pasti akan dapat mengurangkan tekanan yang terdapat pada dirinya. Penulis juga perlu mengambil kira dalam hal ini.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Dalam sesebuah penulisan atau penceritaan juga hendaklah terdapat hujah yang terbaik supaya para pembaca tertarik untuk membaca penulisan tersebut. Hujah yang baik juga dapat menyakinkan pembaca kepada sesuatu yang telah ditulis dan penulisan tersebut tidak akan anggap sebagai penulisan palsu mahupun peniruan dalam penulisan tersebut.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Dengan memasukkan berita terkini, para pembaca akan lebih tertarik untuk membaca sesuatu penulisan tersebut. Hal ini kerana berita terkini dapat memberi informasi kepada pembaca. Berita terkini juga ingin diketahu berbanding berita yang lama. Apabila sesuatu penulisan dikaitkan dengan berita terkini, pembaca juga dapat membuka minda mereka mengetahui perkara yang telah terjadi pada negara, alam sekitar dan sebagainya.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga pasti dapat memberi kefahaman kepada pembaca. Ayat yang ringkas tetapi dapat difahami oleh membaca juga merupakan satu kepuasan kepada penulis. Ayat yang cantik dan berbunga tetapi tidak difahami oleh pembaca merupakan salah satu penulisan yang tidak bagus. Dalam hal ini, ia juga boleh dikira sebagai komunikasi satu hala dan tidak berkesan.
7. Dapat dibaca dan difahami.
Penulisan yang dibaca dan dapat difahami oleh pembaca merupakan penulisan yang bagus serta satu penulisan yang menarik bagi pembaca. Pemabaca tidak akan membaca sesuatu penulisan yang mereka anggap tidak boleh dibaca serta tidak fahami. Jadi, penulisan perlu menulis dengan sehabis baik untuk memberi pembaca dapat membaca serta difahami oleh pembaca. Penulisan yang tidak difahami oleh pembaca juga akan menjadi tanda tanya kepada pembaca mengenai sesuatu yang ingin disampaikan oleh penulis. Penulis perlu meneliti dalam setiap penulisannya.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Penulisan yang baik pasti akan dapat berkomunikasi dengan pembaca tanpa perlu adanya tanda tanya dalam minda pembaca semasa membaca penulisan tersebut. Segala tanda tanya yang bermain dalam minda pembaca pasti ada jawapan dalam penulisan tersebut. Jadi, pembaca juga merasakan beliau sedang berkomunikasi secara dua hala dengan penulis. Hal ini juga pasti dapat memuaskan hati para pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Setiap penulisan yang memunyai moral serta nilai estetika dalam sesuatu penulisan akan dapat menarik perhatian atau minat pembaca itu sendiri. Setiap penceritaan yang ditulis dan diselitkan dengan moral pasti menjadi tarikan kepada pembaca. Begitu juga dengan masukkan nilai estetika dalam penulisan tersebut. Nilai estika merupakan seni penulisan yang akan menarik minat pembaca.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Setiap penulisan yang ingin ditulis mengenai pendidikan, pembaca perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai tajuk tersebut terlebih dahulu. Penulis juga perlu meneliti perkara yang hendak ditulis sama benar mahupun tidak. Penulis tidak sepatutnya menyampaikan sesuatu yang salah mengenai pendidikan. Hal ini akan menjadi kekeliruan kepada pihak pembaca. Penulis juga tidak perlu menulis sesuatu yang bercanggah dengan fakta.
No comments:
Post a Comment