Nuffnang Ads

Thursday, December 19, 2019

BBM3410Satu2019: Tempat

Ha nak cerita mengenai tempat ni, macam macam nak cerita. Banyak dah tempat kami tuju untuk menghasilkan gambar serta video yang cantik. Paling utama sekali bila dapat tugasan yang pertama. Tanpa mengira jarak serta wang perlu kami habiskan, kami terus ke Ioi City Mall Putrajaya untuk pengambaran. Walaupun pergi sekejap je, kami dapat hasilkan beberapa keping gambar yang menarik untuk tugasan kami. Selain itu, kami juga tidak lupa kolej kediaman kami iaitu kolej 12. Di kolej 12 ini paling banyak aktiviti yang kami lakukan. Pelbagai video serta gambar kami hanya ambil di kolej sahaja. Sape cakap di kolej ni takde tempat menarik? Ada je okay. Haaa. Bukit ekspo ni jarang la pelajar tak pergi. Tempat famous kot. Mesti wajib pergi. Di bukit ekspo ni banyak sangat tempat yang cantik dan lighting pun on point je okay. Kemudian, untuk video yang terakhir pula, kami berlakon di Sri Serdang. Di Sri Serdang juga mempunyai satu taman yang sangat cantik. Taman tersebut merupakan tempat beriadah dan juga disediakan gerai makanan untuk pengunjung ke situ. Sekian sahaja pendedahan tempat pengambaran kami.😁

No comments:

Post a Comment