Pages
Nuffnang Ads
Sunday, October 20, 2019
Thursday, October 10, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa
Blog
merupakan satu media sosial yang pasti diguna ramai. Menurut Normaliza Abd
Rahim, 2014, blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Blog ini juga boleh digunakan oleh semua orang
sama ada untuk tujuan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh
digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan mengiklankan produk.
Menulis blog juga merupakan satu aktiviti yang bermanfaat kepada penulis
mahupun pembaca. Penulis dapat meningkatkan lagi cara menulis manakala pembaca
pula dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara.
Penulis dapat meningkatkan atau memperbaiki penulisan mereka dengan bantuan pembaca
yang telah memberi pandangan atau pendapat pada ruangan komen yang telah
disediakan.
Selain
itu, blog juga dapat membantu para pelajar untuk mencipta sendiri idea-idea
yang ingin dikongsikan kepada orang lain. Di samping itu juga, pelajar juga
dapat menjalankan sendiri aktiviti pembelajaran dengan bantuan maklumat di
blog. Untuk menjadi penulis blog yang baik, terdapat 10 caranya tersendiri yang
telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Berdasarkan 10 cara panduan menulis
blog ini, para pelajar dapat mencipta atau menulis blog dengan lebih baik.
Seperti yang kita lihat kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji, Pelajar
perempuan lebih ramai untuk menulis blog berbanding pelajar lelaki. Bahasa yang
ditulis dalam blog juga berbeza antara lelaki dan perempuan. Bahasa yang telah
digunakan untuk menulis dalam blog merupakan bahasa yang tidak formal sama seperti bahasa percakapan harian mereka.
Seterusnya,
menurut kajian yang telah dilakukan, penulis blog wanita lebih gemar untuk
menulis secara genre kesusasteraan. Genre kesusasteraan yang ditulis adalah
puisi, cerpen, Skrip drama dan pantun. Untuk genre yang telah diperkatakan di
atas, terdapat peratusan yang telah dapat dicatat. Setiap pembaca mempunyai
pandangan yang tersendiri serta minat yang berbeza. Sebagai contohnya, 66.7%
untuk responden lelaki dan 80% untuk reponden perempuan menyatakan bahawa blog
merupakan medium yang terbaik untuk menulis puisi. Begitu juga untuk cerpen
pendek, 86.7% untuk responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Manakala
responden untuk skrip pula sebanyak 76.7% responden lelaki dan 93.3% untuk
responden wanita.
Di
samping itu, penulisan blog juga merupakan alat pembelajaran bahasa dalam
kalangan responden. Terdapat juga orang yang lebih gemar untuk menulos blog.
Mereka juga turut mengatakan bahawa dengan menulis dan menerima sebarang komen
merupakan satu kepuasan buat mereka kerana mereka dapat meningkatkan cara
menguruskan blog mereka. Terdapat juga yang menyatakan bahawa menulis di dalam
blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan mereka dengan baik. Tetapi
terdapat juga yang menyatakan bahawa mereka tidak gemar untuk meluahkan
perasaan mereka kerana berasa malu apabila dibaca oleh orang ramai.
Kesimpulannya,
melalui penulisan ini juga dapat meningkatkan lagi cara penulisan seseorang
untuk menjadi yang lebih baik. Melalui penulisan blog ini juga, aktiviti
manfaat seperti pembelajaran dan pengajaran juga dapat dijalankan. Idea yang
menarik serta bernas juga dapar berkongksi dengan orang lain dan itu merupakan juga
satu kepuasan kepada penulis. Selain itu juga, penulisan blog ini juga dapat
membantu pelajar mahupun tenaga pengajar untuk mengambil kira kesusasteraan,
bahasa, pembelajaran teknologi untuk berlaku dalam masa yang sama. Penumpuan
kepada teknologi yang lain juga dapat meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa
kedua pada masa hadapan.
Thursday, October 3, 2019
BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA
Nama diberi tanpa diminta Nurul Azmimi Fatihah Binti Bahron. Aku dilahirkan pada 12 September 1996 dan telah dilahirkan pada di Hospital Jerantut, Pahang. Aku mempunyai aliran darah Kelantan. Kedua ibu bapaku berasal dari Kelantan. Ayah aku berdarah Kelantan kerana kedua datuk nenekku memang berasal dari Kelantan. Tetapi berbeza pula dengan ibuku. Ibuku pula dilahirkan di Kelantan tetapi menetap di Pahang. Hal ini juga kerana datukku orang asal Pahang tetapi nenekku pula berasal dari Kelantan.
Aku mempunyai 9 orang adik beradik. Aku mempunyai 4 orang abang dan 4 orang kakak. Aku merupakan anak bongsu. Adik beradik aku telah diberi nama Sufian, Che Maimon, Siti Zaharah, Mohd Zuraidy, Mohd Zakry, Mohd Zulkifli, Zuraida, Zuraini dan Nurul Azmimi Fatihah. Namaku telah diberi oleh kakakku yang ketiga. Kesemua abang dan kakak aku mempunyai pekerjaan yang tersendiri. Kesemua abang dan kakakku sudah berkahwin dan telah dikurniakan cahaya yang comel-comel. Aku mempunyai 17 orang anak saudara. Aku mempunyai 9 orang anak saudara lelaki dan 8 orang anak saudara perempuan.
Abangku yang sulung bekerja sebagai pengurus pejabat di Kuala Lumpur dan telah berkahwin dengan Mariani yang berasal dari Kelantan. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Haiqal Fitri. Kini anaknya sudah berusia 16 tahun. Manakala kakakku yang kedua pula merupakan suri rumah dan telah berkahwin dengan A.Sanusi yang berasal dari Selangor. Kakakku juga mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mimi Asikin. Anak saudaraku kini berusia 22 tahun dan sudah bekerja. Kakakku yang ketiga pula merupakan seorang pengusaha roti dan kek di Jerantut. Kakakku berkahwin dengan Abdul Aziz yang berasal dari Jerantut, Pahang dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anaknya yang sulung beranama Nurul Nabilah kini sudah berusia 21 tahun manakala anak yang kedua pula bernama Nurul Nuwairah yang berusia 9 tahun dan anak ketiga bernama Muhammad Rayish Muhaimin yang kini sudah berusia 3 tahun.
Selain itu, abangku yang keempat pula bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat di Shah Alam. Beliau sudah berkahwin dengan Laileyati yang berasal dari Melaka dan dikurniakan 2 orang anak. Anak yang sulung bernama Dhiya Aliya sudah berusia 12 tahun dan adiknya pula bernama Mohd Arriq kini sudah berusia 8 tahun. Manakala abang aku yang kelima pula bekerja sebagai pemandu lori. Abang aku sudah berkahwin dengan Nuratikah yang berasal dari Petaling Jaya dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata. Anak mereka yang sulung bernama Nur Damia Qaisara yang berumur 4 tahun manakala anak mereka yang kedua pula bernama Muhammad Darwish Qalish yang kini berusia 2 tahun. Manakala anak mereka yang ketiga dan keempat merupakan kembar sepasang. Nama diberi ialah Nur Dania Qaisara dan Muhammad Danial Qayyum. Kembar sepasang ini sudah berusia 1 tahun.
Seterusnya, abang aku yang kelima pula bekerja di Pos Malaysia. Abang aku ini telah berkahwin dengan Nor Sharkila yang berasal dari Ampang. Mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak yang sulung bernama Muhammad Farish Isqandar yang kini berusia 9 tahun. Manakala anak yang kedua pula bernama Nur Farisha Qaisara yang kini sudah berusia 7 tahun dan anak yang ketika pula bernama Muhammad Haris Isqandar dan kini baru berusia 6 bulan.
Kakakku yang ketujuh pula merupakan seorang eksekutif di Syarikat Insurans di Temerloh, Pahang. Kakakku telah berkahwin dengan Ahmad Asyraf yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Ahmad Ziyyad dan telah berusia 2 tahun pada februari lalu. Manakala kakakku yang kelapan pula telah berumah tangga dengan Mohd Nazmi yang merupakan orang Jerantut juga. Mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang bernama Ilham Irfan dan Iris Irfathia. Ilham berusia 3 tahun manakala Iris pula berusia 8 bulan.
Dengan kehadiran anak-anak saudara yang ramai akan memeriahkan lagi suasana rumah apabila kesemuanya berkumpul. Ini lah sedikit sebanyak mengenai keluarga ku. Saya Sayang Semua 💗
Wednesday, October 2, 2019
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019: Bird's eyes view (D'Rose Production)
Manusia yang berpikiran bijak akan berfikir jauh kehadapan untuk memberi keseronokkan kepada orang ramai.
Pandangan mata burung sangat berbeza dengan mata manusia.
Pandangan pada waktu malam menarik kerana tarikan lampu.
BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (D'Rose Production)
Sahabat yang sejati pasti ada ketika susah dan senang. Sahabat juga akan sentiasa menarik tangan kita apabila kita ingin tergelincir ke bawah untuk dibawa naik semula ke atas.
Bunga pasti menjadi rebutan gadis-gadis.
Perempuan umpama wartawan yang tidak bergaji kerana kemana dia pergi pasti ada cerita disebaliknya.
BBM3410Satu2019: Mug-Shot (D'Rose Production)
Bukan senang nak bergambar dengan muka sedih. Ni dikira sedih sangat la ni. Em. kesiannya dia sedih.
Perasaan marah mula muncul apabila perkara yang kita tidak lakukan menjadi bualan orang sekeliling. Ada yang dengki ke tu?
Senyuman yang ikhlas sukar dikesan. Tetapi senyuman yang manis itu dapat kelihatan dengan jelas.
BBM3410Satu2019: Long Shot (D'Rose Production)
Medium Shot: 3 Manusia
Harap kawan-kawan tidak seperti lalang yang akan ke kiri atau ke kanan tanpa mempunyai pendirian yang tersendiri.
Bukan sewaktu majlis ulangtahun sahaja yang boleh bermain dengan belon, semasa bergambar dan sambil belajar asas fotografi juga boleh ye bermain dengan belon.
Eh, jom kita betulkan tudung. Jauh lagi ni perjalanan kita ni.
Medium Shot : 3 Pemandangan dan Manusia
Pergi la jauh mana pun, kalau dah nama pun kembar pasti akan bersama juga.
Payung sangat berguna pada musim panas.
Muka mesti nampak ceria walaupun terpaksa. Tapi asas fotografi ini sangat menarik!
BBM3410Satu2019: Long Shot (D'Rose Production)
Long Shot: Pemandangan
Semoga kita selalu ikut jalan yang lurus dan sentiasa berfikiran tenang dalam membuat suatu keputusan.
Ada satu petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa jika hati kita runsing atau fikiran kita sempit, maka lihatlah langit. InsyaAllah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan.
Apabila melihat suatu ketenangan ia juga akan memberi kesan yang baik kepada si melihat. Sesungguhnya ciptaan Allah sangat indah untuk hamba-hambanya.
Long shot: 3 Pemandangan dan Manusia
Jauh berjalan dari kolej ke bukit expo sambil menutupi kepala daripada merasa kehangatan matahari untuk membuat tugasan asas fotografi yang menarik.
Jika mempunyai impian untuk berjaya melangkah lah sejauh yang mungkin, janganlah kita menoleh ke belakang untuk meminta simpati daripada orang lain demi kejayaan kita.
Manusia saling bergantung antara satu sama lain dan hargailah rakan yang sanggup susah senang bersama kita sehingga saat ini.
BBM3410Satu2019: Close-Up (D'Rose Production)
Close-Up 3 Manusia
Kebiasaannya kita akan menadah muka di kedai gambar sahaja untuk mendapatkan satu gambar berukuran passport. Tatapi dengan asas fotografi yang telah dipelajari, kami sudah tahu bagaimana cara untuk mendapat gambar passport sama seperti di kedai. Yeayyy, dah boleh berjimat cermat.
Kebiasaannya, manusia akan terbaring di atas tilam yang empuk. Tetapi kali ini ada kelainan sedikit kerana salah seorang daripada ahli kumpulan kami rela hati untuk terbaring di atas jalan raya demi mendapatkan satu gambar yang menarik.
Ini merupakan gambar diambil secara close-up yang ketiga. Ingatkan pelangi yang menjadi pilihan untuk menjadi latar belakang untuk gambar close-up ini ternyata bukan. Payung rupanya.
Close-Up Bukan Manusia
Ikan merupakan satu haiwan yang comel. Terdapat lebih banyak spesis ikan amfibia, reptilia, burung dan mamalia di bumi ini.
Daun merupakan alam semula jadi yang akan menjadi tarikan kepada manusia untuk dijadikan bahan fotografi mereka. Dengan adanya daun, pemandangan manusia akan menjadi tenang kerana hijau merupakan keindahan semula jadi.
Setiap wanita pasti ada perasaan malu seperti pokok bunga semalu ini. Apabila berada berjauhan dengannya, ia berkembang mekar tetapi apabila disentuh sedikit ia mula mengucup.
Subscribe to:
Posts (Atom)