Nuffnang Ads

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Nama diberi tanpa diminta Nurul Azmimi Fatihah Binti Bahron. Aku dilahirkan pada 12 September 1996 dan telah dilahirkan pada di Hospital Jerantut, Pahang. Aku mempunyai aliran darah Kelantan. Kedua ibu bapaku berasal dari Kelantan. Ayah aku berdarah Kelantan kerana kedua datuk nenekku memang berasal dari Kelantan. Tetapi berbeza pula dengan ibuku. Ibuku pula dilahirkan di Kelantan tetapi menetap di Pahang. Hal ini juga kerana datukku orang asal Pahang tetapi nenekku pula berasal dari Kelantan.

Aku mempunyai 9 orang adik beradik. Aku mempunyai 4 orang abang dan 4 orang kakak. Aku merupakan anak bongsu. Adik beradik aku telah diberi nama Sufian, Che Maimon, Siti Zaharah, Mohd Zuraidy, Mohd Zakry, Mohd Zulkifli, Zuraida, Zuraini dan Nurul Azmimi Fatihah. Namaku telah diberi oleh kakakku yang ketiga. Kesemua abang dan kakak aku mempunyai pekerjaan yang tersendiri. Kesemua abang dan kakakku sudah berkahwin dan telah dikurniakan cahaya yang comel-comel. Aku mempunyai 17 orang anak saudara. Aku mempunyai 9 orang anak saudara lelaki dan 8 orang anak saudara perempuan.

Abangku yang sulung bekerja sebagai pengurus pejabat di Kuala Lumpur dan telah berkahwin dengan Mariani yang berasal dari Kelantan. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Muhammad Haiqal Fitri. Kini anaknya sudah berusia 16 tahun. Manakala kakakku yang kedua pula merupakan suri rumah dan telah berkahwin dengan A.Sanusi yang berasal dari Selangor. Kakakku juga mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Mimi Asikin. Anak saudaraku kini berusia 22 tahun dan sudah bekerja. Kakakku yang ketiga pula merupakan seorang pengusaha roti dan kek di Jerantut. Kakakku berkahwin dengan Abdul Aziz yang berasal dari Jerantut, Pahang dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anaknya yang sulung beranama Nurul Nabilah kini sudah berusia 21 tahun manakala anak yang kedua pula bernama Nurul Nuwairah yang berusia 9 tahun dan anak ketiga bernama Muhammad Rayish Muhaimin yang kini sudah berusia 3 tahun.

Selain itu, abangku yang keempat pula bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat di Shah Alam. Beliau sudah berkahwin dengan Laileyati yang berasal dari Melaka dan dikurniakan 2 orang anak. Anak yang sulung bernama Dhiya Aliya sudah berusia 12 tahun dan adiknya pula bernama Mohd Arriq kini sudah berusia 8 tahun. Manakala abang aku yang kelima pula bekerja sebagai pemandu lori. Abang aku sudah berkahwin dengan Nuratikah yang berasal dari Petaling Jaya dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata. Anak mereka yang sulung bernama Nur Damia Qaisara yang berumur 4 tahun manakala anak mereka yang kedua pula bernama Muhammad Darwish Qalish yang kini berusia 2 tahun. Manakala anak mereka yang ketiga dan keempat merupakan kembar sepasang. Nama diberi ialah Nur Dania Qaisara dan Muhammad Danial Qayyum. Kembar sepasang ini sudah berusia 1 tahun.

Seterusnya, abang aku yang kelima pula bekerja di Pos Malaysia. Abang aku ini telah berkahwin dengan Nor Sharkila yang berasal dari Ampang. Mereka telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak yang sulung bernama Muhammad Farish Isqandar yang kini berusia 9 tahun. Manakala anak yang kedua pula bernama Nur Farisha Qaisara yang kini sudah berusia 7 tahun dan anak yang ketika pula bernama Muhammad Haris Isqandar dan kini baru berusia 6 bulan.

Kakakku yang ketujuh pula merupakan seorang eksekutif di Syarikat Insurans di Temerloh, Pahang. Kakakku telah berkahwin dengan Ahmad Asyraf yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Ahmad Ziyyad dan telah berusia 2 tahun pada februari lalu. Manakala kakakku yang kelapan pula telah berumah tangga dengan Mohd Nazmi yang merupakan orang Jerantut juga. Mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang bernama Ilham Irfan dan Iris Irfathia. Ilham berusia 3 tahun manakala Iris pula berusia 8 bulan. 

Dengan kehadiran anak-anak saudara yang ramai akan memeriahkan lagi suasana rumah apabila kesemuanya berkumpul. Ini lah sedikit sebanyak mengenai keluarga ku. Saya Sayang Semua 💗



No comments:

Post a Comment