Nuffnang Ads

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


Blog merupakan satu media sosial yang pasti diguna ramai. Menurut Normaliza Abd Rahim, 2014, blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog ini juga boleh digunakan oleh semua orang sama ada untuk tujuan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan mengiklankan produk. Menulis blog juga merupakan satu aktiviti yang bermanfaat kepada penulis mahupun pembaca. Penulis dapat meningkatkan lagi cara menulis manakala pembaca pula dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap sesuatu perkara. Penulis dapat meningkatkan atau memperbaiki penulisan mereka dengan bantuan pembaca yang telah memberi pandangan atau pendapat pada ruangan komen yang telah disediakan.

Selain itu, blog juga dapat membantu para pelajar untuk mencipta sendiri idea-idea yang ingin dikongsikan kepada orang lain. Di samping itu juga, pelajar juga dapat menjalankan sendiri aktiviti pembelajaran dengan bantuan maklumat di blog. Untuk menjadi penulis blog yang baik, terdapat 10 caranya tersendiri yang telah ditulis oleh Normaliza Abd Rahim. Berdasarkan 10 cara panduan menulis blog ini, para pelajar dapat mencipta atau menulis blog dengan lebih baik. Seperti yang kita lihat kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji, Pelajar perempuan lebih ramai untuk menulis blog berbanding pelajar lelaki. Bahasa yang ditulis dalam blog juga berbeza antara lelaki dan perempuan. Bahasa yang telah digunakan untuk menulis dalam blog merupakan bahasa yang tidak formal  sama seperti bahasa percakapan harian mereka.

Seterusnya, menurut kajian yang telah dilakukan, penulis blog wanita lebih gemar untuk menulis secara genre kesusasteraan. Genre kesusasteraan yang ditulis adalah puisi, cerpen, Skrip drama dan pantun. Untuk genre yang telah diperkatakan di atas, terdapat peratusan yang telah dapat dicatat. Setiap pembaca mempunyai pandangan yang tersendiri serta minat yang berbeza. Sebagai contohnya, 66.7% untuk responden lelaki dan 80% untuk reponden perempuan menyatakan bahawa blog merupakan medium yang terbaik untuk menulis puisi. Begitu juga untuk cerpen pendek, 86.7% untuk responden lelaki dan 96.7% responden wanita. Manakala responden untuk skrip pula sebanyak 76.7% responden lelaki dan 93.3% untuk responden wanita.

Di samping itu, penulisan blog juga merupakan alat pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Terdapat juga orang yang lebih gemar untuk menulos blog. Mereka juga turut mengatakan bahawa dengan menulis dan menerima sebarang komen merupakan satu kepuasan buat mereka kerana mereka dapat meningkatkan cara menguruskan blog mereka. Terdapat juga yang menyatakan bahawa menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan mereka dengan baik. Tetapi terdapat juga yang menyatakan bahawa mereka tidak gemar untuk meluahkan perasaan mereka kerana berasa malu apabila dibaca oleh orang ramai.

Kesimpulannya, melalui penulisan ini juga dapat meningkatkan lagi cara penulisan seseorang untuk menjadi yang lebih baik. Melalui penulisan blog ini juga, aktiviti manfaat seperti pembelajaran dan pengajaran juga dapat dijalankan. Idea yang menarik serta bernas juga dapar berkongksi dengan orang lain dan itu merupakan juga satu kepuasan kepada penulis. Selain itu juga, penulisan blog ini juga dapat membantu pelajar mahupun tenaga pengajar untuk mengambil kira kesusasteraan, bahasa, pembelajaran teknologi untuk berlaku dalam masa yang sama. Penumpuan kepada teknologi yang lain juga dapat meningkatkan gaya penulisan dalam bahasa kedua pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment