Nuffnang Ads

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Buku ini mengandungi 8 bab yang berbeza. Bab 1 bertajuk Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Dalam bab ini telah menerangkan mengenai media sosial, rangkaian sosial, jenis-jenis media sosial,etika dalam media sosial dan gambaran keseluruhan. Manakala bab 2 pula menjelaskan mengenai Twitter dan Trend Terkini. Dalam bab ini pula penulis telah menerangkan kajian tentang twitter. Kajian ini telah dijalankan oleh Bicen & Cavus (2012) yang telah menunjukkan pelajar mahasiswa mempunyai tabiat menggunakan Twitter dalam kehidupan harian mereka. Penulis juga turut menerangkan metodologi iaitu sebanyak 200 responden yang dipilih secara rawak bagi menjalankan kajian ini. Seterusnya pula, bab 3 telah menerangkan mengenai Facebook. Tajuk bab 3 adalah Facebook Masih Digunakan. Kajian tentang penggunaan facebook juga telah dijalankan oleh Madge (2009), di sebuah university di Britain dan beliau telah mendapati bahawa Facebook merupakan cara untuk berkomunikasi dan digunakan untuk pembelajaran tidak formal.

Selain itu, bab 4 pula bertajuk Instagram Menyeronokkan. Dalam bab ini, kajian juga dijalankan bagi mengetahui tujuan penggunaan Instagram ini. Diteruskan lagi dengan bab yang 5 iaitu Emel Masih Popular Pada Masa Kini. Kajian terhadap internet juga telah dilakukan bertujuan untuk membangunkan rangkaian komputer yang besar untuk menghantar maklumat. Manakala bab 6 pula, Blog Di Dalam Kelas Bahasa pula telah mempunyai 10 cara menulis blog dengan baik. Manakala bab yang ke 7 pula adalah Isu Dalam Rangkaian Sosial Dalam Kalangan Pengguna. Dalam bab ini telah menyatakan bahawa terdapat isu penggunaan bahasa dan struktur ayat di dalam rangkaian sosial. Dan bab yang terakhir pula adalah Implikasi Pedagogi.

Implikasi buku ini apabila pelajar mula meminati untuk belajar mengenai media sosial. Buku ini juga dapat menarik minat serta telah memudahkan mereka kerana terdapat cara serta langkah yang lengkap untuk membuat sesuatu akaun media sosial tersebut. Buku ini juga, dapat membantu pelajar memahami tentang media sosial yang merangkumi dalam bab di atas.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus: Penerbit Univesiti Malaysia Terengganu

Harga: RM60
Penulis: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim
Nama Buku: Eh!!! Media Sosial




No comments:

Post a Comment