Nuffnang Ads

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini mengandungi 7 bab yang berbeza. Setiap bab yang terdapat dalam buku ini berkait antara satu sama lain. Bab 1 lebih kepada pengenalan kepada kajian wacana serta mendifinisikan wacana. Hal ini juga, penulis ingin pembaca memahami wacana yang disampaikannya melalui bab ini. Definisi wacana tersebut telah dihuraikan dengan lebih jelas dan terperinci. Manakala bab 2 pula menjelaskan teori dan pendekatan wacana. Terdapat 4 teori dan 1 pendekatan yang telag dijelaskan dalam bab ini. Teori dan Pendekatan yang telah diterangkan oleh 4 orang pengkaji mempunyai pandangan yang berbeza namun mereka menghuraikan analisis tersebut dengan lebih terperinci. Seterusnya, bab yang ketiga pula membincangkan Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Dalam bab ini terdapat Model Penceritaan Sosial melalui cerita kanak-kanak dapat dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Terdapat juga teori yang terdapat dalam bab ini telah menerangkan teks tersebut dengan lebih jelas.

Selain itu, diteruskan pula dengan bab yang ke 4. Dalam bab ini telah menerangkan mengenai strategi komunikasi. Terdapat beberapa orang pengkaji mempunyai pandangan yang berbeza. Sebagai contoh, Winkle & Etter (2018) telah menyatakan bahawa strategi komunikasi sebagai satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi. Diteruskan pula dengan bab 5 iaitu Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi. Dalam bab ini 16 pendekatan strategi komunikasi yang dijelaskan oleh Normaliza Abd Rahim, (2018e). Manakala bab 6 pula merupakan hasil kajian yang telah dirakam. Melalui hasil kajian yang telah dilakukan, komunikasi seseorang itu akan menjadi bermakna apabila mengaitkan analisis pendekatan strategi komunikasi tersebut. Manakala bab yang terakhir pula merupakan cadangan kajian yang akan datang. Terdapat 3 bahasa yang telah dicadangkan iaitu bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial. Hal ini kerana pengkaji ingin memberi kesan pemahaman yang baik kepada orang ramai.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu

Harga: Rm20




No comments:

Post a Comment