Ulasan Buku Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Buku Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini mengandungi 7 bab yang berbeza. Setiap bab
yang terdapat dalam buku ini berkait antara satu sama lain. Bab 1 lebih kepada
pengenalan kepada kajian wacana serta mendifinisikan wacana. Hal ini juga,
penulis ingin pembaca memahami wacana yang disampaikannya melalui bab ini.
Definisi wacana tersebut telah dihuraikan dengan lebih jelas dan terperinci.
Manakala bab 2 pula menjelaskan teori dan pendekatan wacana. Terdapat 4 teori
dan 1 pendekatan yang telag dijelaskan dalam bab ini. Teori dan Pendekatan yang
telah diterangkan oleh 4 orang pengkaji mempunyai pandangan yang berbeza namun
mereka menghuraikan analisis tersebut dengan lebih terperinci. Seterusnya, bab
yang ketiga pula membincangkan Analisis Wacana Tekstual dan Ujaran. Dalam bab
ini terdapat Model Penceritaan Sosial melalui cerita kanak-kanak dapat dapat
memberi kesedaran kepada kanak-kanak untuk menjalani kehidupan seharian mereka.
Terdapat juga teori yang terdapat dalam bab ini telah menerangkan teks tersebut
dengan lebih jelas.
Selain itu, diteruskan pula
dengan bab yang ke 4. Dalam bab ini telah menerangkan mengenai strategi
komunikasi. Terdapat beberapa orang pengkaji mempunyai pandangan yang berbeza.
Sebagai contoh, Winkle & Etter (2018) telah menyatakan bahawa strategi
komunikasi sebagai satu idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam
pelbagai situasi. Diteruskan pula dengan bab 5 iaitu Taksonomi dan Pendekatan
Strategi Komunikasi. Dalam bab ini 16 pendekatan strategi komunikasi yang
dijelaskan oleh Normaliza Abd Rahim, (2018e). Manakala bab 6 pula merupakan
hasil kajian yang telah dirakam. Melalui hasil kajian yang telah dilakukan,
komunikasi seseorang itu akan menjadi bermakna apabila mengaitkan analisis
pendekatan strategi komunikasi tersebut. Manakala bab yang terakhir pula
merupakan cadangan kajian yang akan datang. Terdapat 3 bahasa yang telah dicadangkan
iaitu bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial. Hal
ini kerana pengkaji ingin memberi kesan pemahaman yang baik kepada orang ramai.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu
Harga: Rm20