Ha nak cerita mengenai tempat ni, macam macam nak cerita. Banyak dah tempat kami tuju untuk menghasilkan gambar serta video yang cantik. Paling utama sekali bila dapat tugasan yang pertama. Tanpa mengira jarak serta wang perlu kami habiskan, kami terus ke Ioi City Mall Putrajaya untuk pengambaran. Walaupun pergi sekejap je, kami dapat hasilkan beberapa keping gambar yang menarik untuk tugasan kami. Selain itu, kami juga tidak lupa kolej kediaman kami iaitu kolej 12. Di kolej 12 ini paling banyak aktiviti yang kami lakukan. Pelbagai video serta gambar kami hanya ambil di kolej sahaja. Sape cakap di kolej ni takde tempat menarik? Ada je okay. Haaa. Bukit ekspo ni jarang la pelajar tak pergi. Tempat famous kot. Mesti wajib pergi. Di bukit ekspo ni banyak sangat tempat yang cantik dan lighting pun on point je okay. Kemudian, untuk video yang terakhir pula, kami berlakon di Sri Serdang. Di Sri Serdang juga mempunyai satu taman yang sangat cantik. Taman tersebut merupakan tempat beriadah dan juga disediakan gerai makanan untuk pengunjung ke situ. Sekian sahaja pendedahan tempat pengambaran kami.😁
Pages
Nuffnang Ads
Thursday, December 19, 2019
BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat
Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Normaliza dan En. Akmal kerana banyak memberi ilmu yang tidak pernah terfikir untuk belajar selama ini. Selain itu, Prof. juga banyak mendidik kami semua dari segi disiplin, menepati masa, bekerjasama, dan sebagainya. Yang paling penting adalah masa. Prof. sangat mementingkan masa. Tidak boleh lewat walaupun seminit. Sebelum memasuki kelas Prof. ni hati rasa takut, gemuruh semua ada. Yelah, selama ni cuma dengar daripada mulut junior je mengenai Prof. Tapi bila dah masuk kelas Prof, semuanya okay. Cumanya dengar apa yang Prof. suruh buat tu je. Satu lagi, Prof. suka sangat guna konsep redha. Walau kerja banyak sekali pun kita kena redha. Hm. Redha je lah.
Ha. Encik Akmal pula merupakan tutor kami untuk kelas amali. Encik Akmal pun banyak ajar kami buat laman sosial. Yang paling best belajar buat kalendar. Dekat situ juga kita boleh tengok kreatif tak kita. Hehehe. Haa. Dekat kalendar tu juga boleh letak gambar sendiri tau. Jadi, lagi la seronok kami edit gambar nak bagi cantik kalendar kami.
Dengan masuk ke kelas ni juga terbina lah sebuah produksi yang bernama D'Rose Production. Nama D'Rose ini diberi kerana ahli kumpulannya terdiri daripada 11 orang pelajar perempuan. Bukan senang tau nak bekerjasa dengan ahli yang ramai ni. Semua orang ada cara yang tersendiri, idea yang berbeza, sikap yang lain dan sebagainya. Tapi, alhamdulillah. Kesemua ahli kumpulan kami ni boleh bekerjasama dengan baik. Boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka serta boleh bagi pendapat. Jadi, segala kerja secara berkumpulan kami berjalan dengan lancar. Banyak suka duka kami satu kumpulan. Sehingga sanggup meredah hujan, berpanas sehingga muka masing-masing burn. Hahaha. Tapi takpe, burn kejap je 😂.
Kami sangat enjoy dengan segala tugasan yang telah diberi. Berlakon, menari, berpantun semua sudah. Masa ni dah tak kira malu dah. Kasi jalan je semua. Hehehe. Lakonan yang paling mencabar bagi saya bila saya kena jadi mangsa bunuh dan menghantui pembunuh tu. Esh. Tak masuk dek akal sebenarnya nak berlakon jadi pocong. Tapi demi tugasan saya redha je lah. Sampai hari ni saya tak tengok tau video seram tu. Saya edit video cuma dengar suara je. Lepastu Yana yang arah suruh potong part tu part ini. Hahaha. Lagi satu, kalau masuk tandas, saya tak pandang langsung bahagian sinki yang ada cermin tu.Walaupun lakonan tu di aras lain, tapi ia masih terbayang dalam fikiran saya.
Sepanjang 14 minggu bersama mereka ni, pelbagai cabaran, dugaan kami tempuh. Saya harap lepas ni kita masih boleh bekerjasama walaupun bukan pada D'Rose Production. Akhir kata daripada saya. Selamat Maju Jaya semua. Terima kasih kerana sudi bina memori bersama. Memori ini takkan ku biarkan terpadam begitu sahaja. Saya sayang semua 💓
BBM3410Satu2019: Calendar Is Done
Tadaaaaaa. Nak tengok tak kalendar bila dah siap print. Cantik tak cantik ni? Okay la kan. Nahhh. Kita belanja sikit. Hehehe
Macam mana? Okay tak ni?
BBM3410Satu2019: Kalendar
Alhamdulillah. Setelah 3 minggu akhirnyaaaa siap juga kalendar ni. Bukan mudah juga tau nak buat kalendar ni. Nak buat kalendar ni kena banyak kesabaran tau. Lagi satu berat aplikasinya. sampai laptop saya hanggg. Uishh. sakit hati saya ni. Tapi je saya nak cakap, sangat seronok belajar buat kalendar ni. Sebab kita boleh nampak hasil tangan kita sendiri. Rasanya boleh la ni buat bisnes kalendar ni. Hehehe. Macam mana hasil tangan saya ni? Cantik takkk?
BBM3410Satu2019: 5 Pendekatan Analisis Wacana
5 Pendekatan Analisis Wacana ini boleh didapati dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
BBM3410Satu2019: Twitter
Hai semua. Dah ikuti saya di Twitter belum? Kalau belum ikut la cepat. Tengok apa pula post saya buat kali ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)